Saturday 12 July 2014

PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

Alhamdulillah , sekarang ramai para-para ibu sudah mempunyai kesedaran betapa pentingnya Penyusuan Susu Ibu kepada Bayi...SUSU IBU adalah yang terbaik untuk Permata Hati Anda...

SUSU IBU adalah Anugerah Terindah & Teragung dari ALLAH..di berikan pada insan-insan terpilih yang bergelar IBU..Sayang sekiranya membiarkan anak-anak membesar tanpa merasai dan menikmati kebaikan SUSU IBU.

Tapi masih ramai ibu-ibu yang tidak mempunyai pengehtahuan untuk memulakan Penyusuan Susu Ibu sejurus bayi di lahirkan. Ada yang memberi alasan Air Susu tidak keluar , Puting luka, Puting pendek , Puting tenggelam. Bagi saya hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih..Betul kn??

Saya kongsikan cerita & pengalaman saya sendiri. Tak dinafikan saya adalah di kalangan para-para ibu yang mempunyai masalah puting pendek ,puting luka ,bernanah. Tapi saya tidak berputus asa kerana sejak saya di sahkan mengandung,saya sudah nekad untuk menyusukan anak saya mengikut sunnah selama 2 tahun . In sha Allah ^_^. saya amalkan pengambilan supplement tambahan iaitu SET VITAMIN SHAKLEE & Permakanan seimbang. ( saya pengedar Shaklee jugak (^_^)

Pelbagai cara & usaha saya lakukan untuk menjayakan Penyusuan Ekslusif. Anak saya tidak menghisap susu direct dari saya selama sebulan kerana masalah puting pendek. Saya pam setiap hari tapi stok selalu tidak mencukupi,anak saya kerap menangis. Saya buntu dan cuba memberi susu formula tetapi anak saya menolak kerana SUSU IBU lebih sedap..hehe

Jadi saya beli puting dan sambung dari puting saya,Alhamdulillah die dah tak menangis lagi..
seminggu sebelum abis pantang sy cuba bg direct dari puting,permulaan memg die menolak,menangis tp akhirnya syukur die mahu jugak..

Bila anak sy 5bulan,puting sy luka dan bernanah,memg sakit dan rasa nak nangis saat anak hisap,huhu tapi kene tahan,saya sapu air susu kat kawasan yang luka,Alhamdulillah sehingga sekarang Puteri Sulung saya sudah berusia 11 bulan dan Full Bf taw..




Jom kita belajar Cara Menyusu Bayi dengan betul...

1. Pastikan mulut bayi anda terbuka luas.

2. Dagu  bayi mesti menyentuh payudara

3. Bibir bayi melekup ke luar.

4. Pipi bayi pula mengelembung,comel kan..hihihi

5.Payudara ibu2 namapak penuh dan bulat..

6.Ibu dapat mendengar nada hisapan bayi.

 

Peringatan : cara pelekapan yang salah akan membuat payudara sakit bila bayi mula menyusu dan menyebabkan puting luka. 

Selamat menjayakan Penyusuan Eksklusif.
Nak tanya pape ker bole je Pm Pm Pm kite..
Bole jugak WhatsApp WhatsApp kite..
Anytime In Sha Allah.




SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 
SHAFINATUN NAJAR
ID : 1076819
017-2695799 / 014-5028716 ( Najar )
012-9742693 ( Hadri )




No comments:

Post a Comment